Friday, January 14, 2011

Salam!

baru-baru ni aku baru je teman my mom pergi gunting rambut dekat salon. aku pun daripada duduk saje je teman my mom gunting rambut, baek aku bersantai bersuka ria mintak diorang basohkan rambut aku yang lembut cantek dan menarek bak model iklan syampoo bawang dekat tv tu. hahaha! aku malas potong rambut, konon-kononnya mawu simpan rambut panjang macam puntianak. upssss. hahaha!


tapi masalahnya aku ni pandai ke jaga rambut panjang? banyak tips yang aku jumpa, ade yang tradisional, ada yang moden.

Tips penjagaan rambut secara tradisional.

1. Dengan menggunkan santan untuk melembut dan melebatkan rambut.

2. Minyak kelapa yang dibuat sendiri untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur.

3. Minyak bijan juga untuk melebatkan rambut.

4. Menghilangkan kelemumur dengan menggunakan campuran perahan limau nipis dan sedikit air.

5. Pengumpulan embun pada awal pagi dan diusap ke pangkal rambut dipercayai dapat mempercepatkan pertumbuhan rambut serta mengelakkan sakit kepala.

6. Lendir daun bunga raya atau gel lidah buaya berfungsi untuk menyejuk dan mengelakkan rambut gugur.




jangan selalu melakukan aktiviti ini. nanti rambut jadi kering owhhhh




mawu rambut panjang dan secantek begini. wah!

so, kan banyakkan tips tu. dan banyak lagi ada kalau korang rajin carik. so, siape-siape yang macam dah nak botak-botak mengalami masalah keguguran rambut ka boleh lah cube petua-petua datok nenek moyang buyut kita ni. ye.

Selamat mencuba!

No comments: