Sunday, August 28, 2011

salam aidilfitri...

Assalamualaikum.

Akibat takut tak berkesempatan untuk online, jadi saya dengan rasa rendah diri ingin memohon kemaafan kepada kawan2 blogger sepanjang perkenalan. Jika ada salah dan silap, haraplah dimaafkan. Kalau anda maafkan, ternyatalah anda ni cantik atau hensem orangnya...~hee

Saya juga terpanggil untuk berpesan supaya janganlah main mercun,.meriam buluh atau segala jenis bahan letupan, Main bunga api atau mercun pop2 tidak mengapalah.haha

Maaflah tidak boleh mngrt panjang, banyak tanggungjawab menanti, jemputlah datang rumah beraya ya
.


pesanan buat kksh..

Tuhanku,
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku .. tercipta buatku ..
Dekatkan lah hatinya dengan hatiku ..
Tetapkan lah kemesraan antara kami ..
Agar kebahagiaan ini kekal abadi ..

Dan Tuhanku ..
Seiringkan lah kami mengharungi hidup luas ini ..
Ke tepian yang sejahtera ..

Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih ..
Seandainya telah kau takdirkan dia bukan milikku ..
Bawalah dia jauh dari pandangan ku ..
Luput dari ingatan ku ..
Dan peliharalah aku dari kecewa ..

Serta Tuhanku yang Maha Mengerti ..
Berilah aku kekuatan melontar bayangannya ke dada langit ..
Hilang bersama senja nan merah ..
Dan gelap pekat awan ..
Agar aku bisa bahagia ..
Walaupun tanpa dirinya ..

Dan Tuhanku ..
Biar sekuat mana aku menyintainya ..
Aku pohon agar Tuhanku ..
Melenyapkan perasaan ini ..
Sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku ..

Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku ..
Kupohan agar takdir memperkuatkan kasihku padanya ..
Selagi tidak melebihi kasihku padaMU ..

Amin ..